Followers

Sunday, October 2, 2011

ADAKAH PERNIGAAN INI HALAL DAN SAH

Memang ada yang tertanya-tanya, malah saya pun seperti itu juga ketika belum menyertai Ads4Bucks. “Halal ke perniagaan Ads4Bucks ni? Apa beza Ads4Bucks dengan perniagaan lain? Ads4Bucks ni MLM ke?”
Di sini saya ingin berkongsi mengenai huraian panjang lebar mengenai hukum Ads4Bucks dan konsep bisnes di dalamnya. Panjang huraian ni..yang penting baca la sampai habis ye!

Salam,
Ada yang bertanya berkenaan hukum menyertai Ads4bucks dalam Islam�Halal ker?? Saya mohon kebenaran sahabat ejen sdr Ridzuan untuk� melampirkan penerangan berkenaan dengan Ads4bucks perniagaan INTERNET yang HALAL�semoga kita dapat berkongsi maklumat dan memeperoleh manfaat dari penerangan di bawah�insya Allah.
ADS4BUCKS @ SYARIAH
Terima kasih kerana anda terus membaca blog saya ini. Di sini saya ingin menghuraikan persoalan yang seringkali membelenggu pemikiran kita. Semoga usaha kecil ini akan dapat menerangkan kepada masyarakat umum bahawa perniagaan Ads4bucks ini bukanlah sesuatu yang haram disisi Islam, bahkan menepati prinsip perniagaan Islam. Saya amat memahami, bahawa dewasa ini banyak sistem MLM, dan skim-skim seumpama ini yang banyak menipu dan haram disisi undang-undang Islam, justeru ramai yang menolak atau tidak mahu terjebak dalam perkara-perkara yang sebegini. Akan tetapi, kita perlu menilai terlebih dahulu, siapa pengasasnya dan bagaimana sistemnya. Saya amat berharap jika ada masyarakat di luar sana yang ingin mencari jawapan berkenaan bagaimana sistem ads4bucks, adakah halal disisi syariat dan undang-undang negara, silalah tanya kepada agen�atau�orang yang amat memahami perniagaan ads4bucks, kerana anda akan diberikan jawapannya. Ini kerana, hanya orang yang dah�menjalankan bisnes ini sahaja yang amat memahami sistem ini. Bukan orang luar yang hanya mengkaji secara luaran sahaja.�Semoga saya dibantu oleh Allah untuk memperjuangkan kebenaran yang sering disalah faham oleh masyarakat. Di sini saya akan mengemukakan konsep muamalat dalam Islam yang harus menjadi panduan kita dalam berniaga (apa sahaja jenis perniagaan, termasuklah MLM dan ads4bucks).

KONSEP ASAS MUAMALAT ISLAM

Secara umumnya, perniagaan yang sah mengikut hukum syariat Islam adalah seperti berikut:
  1. Ia berasaskan aqad saling meredhai antara penjual dan pembeli.
  2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak keatas suatu urusan perniagaan atau jual beli.
  3. Ianya bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak iaitu perkara-perkara yang dilarangnya.
SALING MEREDHAI
Saling meredhai bermaksud, pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni, ia tidak menjualnya secara terpaksa. Prinsip saling meredhai ini sangat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud), �Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu, dengan cara yang batil kecuali dengan �jalan perniagaan, yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu (surah an-Nisa, ayat 29)
SYARAT BAGI AQAD PERNIAGAAN
Bagi memastikan setiap prinsip meredhai itu terlaksana, maka syarak telah menetapkan syarat-syarat� tertentu,bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari, akan menyebabkan sesuatu perniagaan itu tidak sah atau batal. Di antara syarat tersebut ialah:
  1. Orang yang menjalankan aqad itu hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat keputusan sendiri.
  2. Mereka melakukan aqad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan aqad.
  3. Status barang yang diperniagakan hendaklah diketahui dengan pasti yakni, tiada kesamaran oleh penjual dan pembeli, untuk mengelakkan dar berlakunya gharar (penipuan)
  4. Barang jualan diizinkan oleh syarak (tidak tersenarai dalam perkara-perkara yang haram)
  5. Jika urusan niaga membabitkan mata wang, hendaklah mematuhi pertukaran mata wang mengikut syarak
  6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab qabul, dar segi sebutan harga, barang dan sebagainya. Tidak sah jual beli juka ijab qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata: �Saya jual barang ini dengan harga RM40? dan pembeli berkata � saya beli barang ini dengan harga RM30?
LARANGAN-LARANGAN SYARAK DALAM PERNIAGAAN
Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dularang atau diharamkan oleh syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, larangan-larangan syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu:
  1. Membantu kepada perbuatan maksiat.
  2. Terdapat unsur gharar atau penipuan.
  3. Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
  4. Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad ( al-Haram wal haram fil Islam, Dr Yusof Qardhawi, halaman 242)
Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh syarak dalam urusan perniagaan ialah:
  1. Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudharat. Jika ada syarikat MLM� yang menjual barangan / produk yang diharamkan oleh syarak atau mendatangkan mudharat kepada manusia, maka tidak harus syarikat itu disertai oleh orang Islam, samaa sebagai pembeli, pengedar, pennaja dan sebagainya.
  2. Al-Gharar, iaitu menjalankan perniagaan dalam kesamaran initu tanpa dipastikan dengan tepat barangan / produk yang terlibat, dan harganya samaada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha� telah bersependapat menyatakan, bahawa jual-beli secara gharar (samar dan ada unsur penipuan) adalah batal atau tidak sah (haram). Kerana tersabit dalam hadis: �Rasulullah s.a.w menegah daripada jualan secara gharar� (Riwayat Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)
  3. Melakukan penipuan dalam urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w �Sesiapa yang menipu, ia bukan dari golonganku� (Riwayat Imam Bukhary dari Abu Hurairah r.a)
Antara contoh penipuan ialah:
  • Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan yang sebegini dinamakan at- Taghrir (memperdaya).
  • Menipu pembeli dengan menjual barang yang berharga murah dengan harga yang terlalu tinggi, dengan mengeksploitasi kejahilan pembeli, terhadap nilai sebenar harga / barangan dipasaran. contohnya menjual barang yang berharga RM20 dengan harga RM100, tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
  • Menyembunyikan kelemahan dan kecacatan produk atau barangan yang dijual
  • Mengurangi timbangan.
  • Antara yang dilarang� juga dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan memeras pengguna, dan merosakkan kepentingan masyarakat. Antaranya melakukan Ikhtikar (monopoli barangan, yakni menyorok barangan kerana ingin menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w �Tidak melakukan Ikhtikar melainkan orang yang berdosa� (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu�ammar Ibnu Abdillah r.a)
Larangan-larangan diatas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah, paling teruk lagi boleh mendatangkan dosa kepada pelakunya walau perniagaan masih dianggap sah.
Prinsip-prinsip diatas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Disana ada beberapa perkara khusus yang berkaitan dengan MLM yang perlukan huraian dan garis panduan, iaitu mengenai yuran keahlian, bonus / komisyen/ insentif, dan harga barangan produk.
SYARAT-SYARAT YURAN KEAHLIAN
Boleh dikatakan semua syarikat MLM menetapkan satu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi bagi produk keahliannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut adalah diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Yuran keahlian�tersebut bukan bermaksud untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
  2. Yuran tersebut bertujuan, untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta, berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
  3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit yuran akan dikembalikan.
  4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi pelakuan aqad yang selanjutnya semasa berurus niga dan berjual beli.
Syarat-syarat diatas kita putuskan berdasarkan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh�Majma� al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat�perniagaan.�Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ianya mematuhi syarat-syarat di atas (Lihat Majallah Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).
BONUS/COMMISSION/INSENTIF
Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji�alah dalam Fiqh Islam. Al-Ji�alah bermaksud, menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata: �Sesiapa yang dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM200? (al-Majmuk JILID� 15, bab al-Ji�alah). Al-Jia�lah adalah aqad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis. Antaranya Firman Allah: �Orang-orang menteri menjawab: �Kami kehilanghan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya, akan diberi�(benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu (surah Yusuf:72).
Menurut Ulama�, keharusan al-Ji�alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya:
  1. Pihak yang beraqad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan aqad.
  2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
  3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut syarak. ( Wahbah az-Zuhaili, 4/787)
Jadi supaya bonus/komisyen/ insentif menepati konsep al-Ji�alah tersebut, maka pemberian bonus oleh syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat / kerja yang disumbangkan oleh pengedar, agen atau orang yang terbabit dalam membangunkan syarikat. Nilai bonus/insentif/komisyen yang dijanjikan�hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh syarikat kepada para pengedarnya supaya ianya menepati syarat yang kedua diatas.
Berdasarkan pengalaman saya dalam syarikat ads4bucks (salah�satu syarikat bumiputera Islam yang giat menjalankan perniagaan portal pengiklanan internet�No.1 di Malaysia) insentif yang diberikan oleh syarikat ads4bucks kepada agen-agennya, adalah sebagai ganjaran upah yang dijanjikan kerana sumbangan kami dalam melakukan perkara-perkara tersebut:
  1. Memperkenalkan portal pengiklanan ads4bucks kepada orang ramai.
  2. Berkongsi peluang kepada orangramai yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi agen ads4bucks (menaja ahli baru).
  3. Membimbing dan memimpin anak buah (down line) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa�ke semasa, untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan pelan pemasaran, kaedah mempromosi, motivasi dan perkembangan terkini aktiviti syarikat.
Melihat kepada kerja dan manfaat yang di usahakan oleh para agen�seperti diatas, saya merasakan pemberian�insentif ads4bucks menepati konsep al-Ji�alah yang diharuskan oleh syarak tadi.
MELETAKKAN SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI INSENTIF/BONUS
Menetapkan syarat tambahan selain yang ditetapkan syarak, dalam mana-mana aqad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih, kerana keharusan ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w, : �orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka, selama menepati yang hak (yakni hukum Allah) (riwayat al-Hakim dari�Anas dan�Aisyah r.a)
Oleh yang demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu keatas para pengedarnya untuk melayaakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus�tersebut dilakukan menepati konsep al-Ji�alah seperti diatas- maka tindakan itu adalah harus asalkan syarat ditetapkan tidak bercanggahan dengan syarak, tidak bersifat pilih kasih dan tidak menganiaya mana-mana pihak.
JAUHI SISTEM PIRAMID
Sistem piramid yang kita maksudkan ialah, di mana satu sistem dimana kumpulan orang bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta perlu membayar supaya berpeluang mara ke tahap yang paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang atau produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut dari wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Diantara ciri-ciri skim piramid ini ialah:
  1. Produk berkualiti rendah dan berharga terlalu mahal dan para pengedar perlu membelanjakan wang�keatas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang, dan tiada kontrak bertulis diantara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat mengenai jualan runcit (tak mengambil berat tentang jualan produk) dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib untuk setiap sesi dengan harga yang mahal.
  6. Dakwaan �perolehan wang yang dan kejayaan yang besar yang sengaja direka-reka serta digembar gemburkan.
Apa yang� jelas dalam sistem piramid� ini, yang menjadi fokus bukan jualan produk, tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahliaan yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan orang bawah, bukan dari keuntungan hasil dari jualan produk. Melihat dari konsep dan ciri-ciri diatas, jelas bahawa sistem piramid tersebut bertentangan dengan syariat, kerana dalamnya terkandung penipuan, pemerasan dan sebagainya.
HARGA BARANGAN/PRODUK
Dr. Muhammad �Bakr Ismail (salah seorang ulama� al-azhar Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya, �Tidak ada dalam�Islam, batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual beli) �mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulama� Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan diredhai oleh pembeli, ini kerana, akad jual beli terbina diatas saling redha meredhai antara penjual dan pembeli. Sebagaimana firman Allah, �Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan dengan cara saling redha meredhai sesama kamu.� (an-Nisa�:29) ( Lihat Bina assahih wal faqih syeikh Dr. Muhammad Bakar Ismail halaman 108)
Dari fatwa diatas dapat kita simpulkan, dua perkara berkenaan penetapan harga produk,
  1. Tiada batasan tertentu dari syarak bagi keuntungan yang harus diambail dari produk yang dijual. Jadi penentuan harga produk/ barang terserah sepenuhnya kepada pengeluar / penjual produk.
  2. Namun begitu, para penjual atau pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan atau ghaiban fahisyah ( yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar pasaran ) yang menyebabkan pembeli hilang rasa redhanya terhadap jual beli apabila dia mengetahui nilai sebenar di pasaran.
SYARAT HALAL ATAU HARAM M.L.M DAN SEUMPAMANYA MENURUT SYARAK
  1. PRODUK MLM YANG DIBELI MESTILAH DENGAN TUJUAN YANG SEBENARNYA. (Produk mestilah yang benar-benar memberi manfaat pada masyarakat umum dan dapat digunakan dengan serius oleh orang yang membelinya). Justru produk MLM dsb yang kabur dan rendah kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ianya hanya bertujuan untuk mengaburi syariat dan undang-undang negara. Kekuatan MLM atau seumpamanya adalah bersandarkan kekuatan produknya yang tinggi kualiti dan manfaatnya, bukan kepada objektif jangka masa yang pendek untuk mengumpul dana.
  2. Produknya bukan emas dan perak yan boleh dijual secara bertangguh, ini kerana penjualan barang kemas secara bertangguh adalah riba� jenis nasiah.
  3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli dibawahnya mestilah jelas. TIADA KOMISYEN/BONUS/INSENTIF tanpa usaha. Ini bermakna orang atas berhak mendapat komisyen hanya dari orang bawah yang dibantunya sahaja.
  4. keuntungan komisyen bukan berdasarkan �kepala� / �kaki� / ahli yang ditaja. tetapi hendaklah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan. Bukannya permainan wang (money game)
  5. Tidak mewajibkan ahli menjual dengan kadar yang tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya.
  6. Setiap �up line� atau orang atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan �meeting� mingguan untuk ahli rangkaiannya dengan memberi belbagai info-info baru, motivasi, taklimat dan sebagainya. Ini perlu bagi melayakkan (menghalalkan) dia mendapat komisyen dari orang bawahannya secara syariat. Kalau tak hukum menerima komisyen itu syubhah dan boleh jatuh kepada haram. Ini kerana Islam tidak membenarkan peniaga memperolehi keuntungan dari bukan hasil usha yang kuat. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang kesepuluh dan kebawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ditaja oleh ahli yang kesembilan, jika tidak apakah hak untuk mendapatkan komisyen dari ahli yang begitu jauh?
  7. Tidak menggunakan skim piramid, iaitu skim siapa masuk dahulu.. dia akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justru pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua malah orang bawahan manpu mendapat keuntungan lebih dari orang atasan jika berusaha lebih.
  8. Persembahan sistem komisyen/bonus/insentif yang telus dan mudah difahami, dan boleh dipantau oleh ahli secara jelas, Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
  9. Menstruktur pelan pemasaran diantara ahli dan�orang bawahan secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan dari peringkat awal lagi.
ADS4BUCKS ADALAH BEBAS DARI SEBARANG BENTUK PENYELEWENGAN, SYUBHAH DAN GHARAR. SERTA MENEPATI PRINSIP MU�AMALAT ISLAM
Ini adalah penerangan hukum muamalat secara umum, selepas ini saya akan huraikan pula bagaimana hujjah yang membuktikan bahawa ads4bucks adalah sah dan halal disisi syariat.
  1. Berasaskan akad saling redha meredhai antara penjual dan pembeli (bukan kerana terpaksa atau dipaksa). �Kami Kongsi (Peluang), Anda Buat Keputusan�.
  2. Produk dan perniagaan bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak walau pun dari perkara yang berbentuk syubhah. Sudah semestinya, produk kami amat bermanfaat untuk mereka yang berniaga. Mengembangkan perniagaan melalui pengiklanan di internet (portal ads4bucks).
  3. Perniagaan �memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak atas urusan jual-beli / sesuatu urusan.
  4. Orang yang menjalankan akad perniagaan� adalah� seorang yang mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri. Ahli yang layak sertai ads4bucks ialah mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
  5. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad
  6. Status barang yang diperniagakan dan haganya diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan pembeli. Ini kerana bagi mengelakkan berlakunya gharar (penipuan)
  7. Barang jualan sememangnya� diizinkan syarak (yakni tiada tersenarai dalam barang-barang yang haram dan memudharatkan)
  8. Jual beli di alaskan dengan akad jual beli.
  9. Urusan pertukaran matawang mengikut syarak. (USD-RM)
  10. Perniagaan dan produk tidak membantu kepada perbuatan maksiat.
  11. Tidak terdapat unsur gharar (penipuan). Semuanya telus dan jelas, serta ada bukti kebenaran system yang diguna pakai.
  12. Tidak terdapat unsur eksploitasi dan pemerasan.
  13. Tidak terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang berakad.
  14. Tiada yuran keahlian bulanan / tahunan. (bererti kami tidak mengambil keuntungan atas yuran keahlian)
  15. Komisyen yang diberi berdasarkan kerja yang di buat.� (memperkenalkan portal kepada orang ramai, menaja sub agen, membuat perjumpaan dan latihan keusahawanan kepada sub agen dan membinbing serta memimpin sub agen menjadi lebih maju).
  16. Bayaran komisyen adalah dari nilai / harta yang diketahui dengan sahih.
  17. Manfaat dari perniagaan ads4bucks ini, diketahui umum dan dipersetujui umum, iaitu perkhidmatan portal pengiklanan internet.
  18. Sesi latihan dan kursus secara percuma atau dengan harga yang sangat berpatutan.
  19. Produk yang dibeli adalah dengan tujuan yang sebenarnya. (untuk mengiklankan perniagaan atau menjana kewangan dengan produk yang sangat bermanfaat kepada pengguna). Bukan sekadar mengaburi masyarakat dan undang-undang.
  20. Produk bukan terdiri dari emas dan perak.
  21. Setap komisyen yang diberi kepada agen adalah jelas. Tiada komisyen yang diberi tanpa usaha. Pihak kami sentiasa berusaha membina kumpulan kami dengan mengadakan perjumpaan secara fizikal, dan sentiasa berkongsi maklumat secara sms, e-mail atau di laman komuniti usahawan ads4bucks.
  22. Keuntungan dan komisyen adalah berdasarkan penjualan pakej produk ads4bucks, Bukan untung atas �kepala�. Semakin banyak pakej produk yang mampu dijual, semakin banyak keuntungan atau komisyen yang diberi. Cuma dalam ads4bucks tidak sama seperti MLM yang lain, yang mana terpaksa jual barang dan mencari down line� secara berasingan. Dalam ads4bucks, jika prospek setuju membeli pakej produk ads4bucks, secara automatik mereka telah menjadi �down line� atau sub agen kami. Kami buat kerja 2 dalam 1.
  23. Tidak mewajibkan agen menjual dalam jumlah yang tertentu. Mereka bebas menjual seberapa banyak atau pun sedikit sahaja. Tidak perlu �maintain jualan, point atau pv untuk membolehkan mendapat komisyen dari group.
  24. Setiap pemimpin kumpulan (up line) sememangnya perlu menaruh walau sedikit usaha kepada orang bawahannya, supaya kumpulan bawahnya berkembang dan membolehkan dia menerima komisyen (overriding) dengan sah. Selagi kumpulannya berkembang kerana taruhan usahanya, maka komisyen yang diperolehi juga tinggi.
  25. Orang bawahan mampu menjual atau menjadi lebih kaya dari orang atasnya jika dia seorang yang kuat dan gigih berusaha.
  26. Pelan pemasaran memberikan hak kepada semua. Orang bawah akan dapat seperti yang orang atas dapat jika mereka tiru cara orang atas bekerja bahkan mampu menjadi lebih kaya dan berjaya dari orang atas.
  27. Sistem komisyen yang jelas dan mudah difahami, serta telus dan dipantau dengan jelas oleh setiap ahli. Bagi mengelakkan penipuan.
  28. Perkongsian untung rugi berdasarkan modal masing-masing, dengan nisbah pembahagian keuntungan yang telah di tetapkan di peringkat awal lagi.
Komen Saya: Dengan hujah-hujah dan dalil di atas, saya amat yakin dengan status bisnes Ads4Bucks ini adalah halal di sisi Islam kerana ia bebas dari unsur penyelewengan, syubhah dan gharar. We share, you decide. Tiada paksaan dalam perniagaan ini

No comments:

Post a Comment